3/6/2017
14 cara mudah yang anda boleh lakukan untuk kurangkan sakit gastrik dengan berkesanAssalamualaikum dan salam sihat semua, Bro Gastrik sentiasa doakan anda semua yang sedang baca sentiasa berada dalam keadaan bahagia dan ceria dengan tahap kehidupan anda sekarang.
Hari ini Bro Gastrik nak kongsikan pada anda semua 14 cara mudah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit gastrik dengan berkesan. Pastikan anda baca kesemuanya sehingga habis dan kongsikan pada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka juga dapat informasi yang berguna untuk merawat masalah gastrik mereka. #1 : Anda boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Eno halia atau Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan boleh ambilnya di mana-mana sahaja,hanya perlukan air masak. That’s all…. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh. #2 : Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama boleh lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan. Yang penting korang kena relax je okay bila rasa pedih tu dating,cuba tenangkan diri jangan gelabah, kalau yang islam tu lagi bagus kalau ‘Istighfar’. #3 : Ingat okay! Elakkan makan makanan pedas lagi-lagi yang berempah & juga makanan yang boleh buatkan rasa pedih kat perut. Contohnya, makanan berminyak,masam dan juga berlemak. #4 : Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sikit je okay, bukan apa just untuk elakkan perut daripada rasa lapar,nanti tak pasal-pasal asid naik ke atas pulak. Tips > Sentiasa sediakan biskut atau roti setiap kali anda nak keluar rumah. #5 : Anda merokok? Haa tolong jawab dengan ikhlas ye, Tahniah kalau anda bukan perokok,maknanya anda serius untuk lakukan perubahan pada tahap kesihatan anda. Tapi….. jika anda seorang perokok jangan risau anda juga anda harapan untuk sembuh, kalau anda betul-betul nak bebas dari gastrik saya sangat syorkan anda untuk kurangkan merokok,Ingat! Bukan berhenti terus ye, sebab bahaya pada kesihatan anda, tapi cuba kurangkan pengambilan rokok dari 20 batang sehari ke 18 batang sehari,dan begitu seterusnya sehingga anda betul-betul boleh tinggalkan rokok sepenuhnya. Banyak manfaat anda dapat bila berhenti merokok antaranya dengan duit yang selama ini anda beli rokok boleh anda simpan dan ofcoz kehidupan anda akan lebih sihat lepas ni jika anda bebas dari rokok. #6 : Kalau anda antara anda terutama sekali kepada yang bukan beragama islam yang ada mengambil minuman alkohol,harap anda dapat kurangkan pengambilan atau tak ambil langsung terus lagi bagus dan perhatian kepada yang ketagih dengan minuman berkafein seperti kopi atau minuman bikarbonat harap anda dapat berhenti segera jika anda serius inginkan perubahan. #7 : Satu perkara yang nampak mudah untuk dilakukan tetapi ramai yang tak lakukan! Apa benda tu? Haa ni lah nak bagitahu ni ramai doktor banyak kali pesan kepada semua pesakit gastrik supaya banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter air sehari (lebih kurang 2 botol besar) untuk kurangkan pembentukan asid dalam badan. #8 : Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling. Untuk umat islam sangat digalakkan supaya banyakkan ‘Istighfar’ ataupon ‘solat taubat’, kerana boleh jadi sakit yang kita alami sekarang adalah sebagai kifarah kepada dosa-dosa kita yang lepas dan mungkin dengan sakit ini caranya untuk bersihkan dosa-dosa kita. #9 : Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan yang telah dipaketkan,diperap, dijeruk dan makanan yang berunsurkan ‘asid’ (masam). #10 : Disyorkan supaya anda ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan pedih ulu hati akibat gastrik. #11 : Kalau gastrik anda selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor yang diiktiraf. #12 : Sentiasa amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut. #13 : Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid atau pedas ketika perut kosong. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul bila anda tidur nanti. #14 : Jika anda mempunyai masa terluang Bro Gastrik nasihatkan anda semua supaya kita beriadah atau bersukan untuk keluarkan peluh, kerana peluh yang dikeluarkan adalah toksin-toksin dari dalam badan yang tidak bagus untuk kesihatan. Cukup sampai sini je dulu perkongsian dari Bro Gastrik, pastikan anda share post ini kepada lebih ramai orang, manalah tahu mungkin ada di kalangan anda yang tersangat memerlukan info ini. Terima kasih & salam sihat semua. |